Wednesday, April 15, 2009

Berhenti Merokok


MEMBUAT KEPUTUSAN BERHENTI MEROKOK
Kanapa anda membuat keputusan untuk berhenti merokok?. Mengetahui semua sebab-sebab untuk berhenti merokok akan mendorong anda lebih bersemangat untuk berjaya. Terdapat banyak sebab dan faedah untuk membuang tabiat merokok.

MELINDUNGI ORANG LAIN.
Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut juga menyedut asap rokok yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan dan penyakit lelah di kalangan bukan perokok ini sama seperti mereka yang merokok. Merokok secara pasif adalah berbahaya kepada kanak-kanak.
MENJADI TELADAN YANG BAIK.
Sekiranya anda mempunyai keluarga, anda menjadi contoh ikutan atau " role model " kepada ahli keluarga anda khususnya kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.
MENINGKATKAN KECERGASAN.
Merokok menjejaskan kecergasan anda dan membuat anda cepat letih dan hilang stamina ketika bersenam, berjogging, berjalan dan pergerakkan berat yang lain.

Sejarah Proton

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:


Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005.

Renang



Acara Renang juga adalah acara yang memang popular di seluruh negara. Banyak negara telah menyertai dalam sukan Olimpik. Dalam Acara renang, banyak gaya renang seperti gaya bebas, gaya rama-rama, gaya katak dan sebagainya. Banyak negara telah memenagi pingat seperti negara Amerika Syarikat.

Bola Sepak


Dalam berita Terkini, kelab Liverpool dalam liga perdana inggeris telah memenangi beberapa pemainan sehingga kelab itu dalam tempat kedua. Adakah liverpool akan memenangi piala liga perdana inggeris. Kelab ini telah menghadapi cabaran yang sengit dari kelab yang lain. Misalnya kelab Chelsea, Arsenal, Manchester United

Badminton


Badminton adalah sukan yang popular di Malaysia. Negara kita juga telah memenagi beberapa piala. Pemain nombor satu adalah dari negara kita. Nama beliau adalah Datuk Lee Chong Wei. Tetapi negara kita akan menghadapi cabaran lebih sengit dari negara China.

bola keranjang

Hallo, kepada semua kawan-kawan yang hormati sekalian. saya adalah guru dari serdang lama iaitu sekolah jenis kebangsaan Kung Man. Di sini saya akan berkongsi pengalaman dengan kamu semua tentang pemainan bola keranjang. sebenar saya memang suka bermain bola keranjang dan selalu bermain dengan kawan-kawan saya. Dalam gambar itu adalah idola saya. Nama dia adalah Kobe Branyt.